Monday 31 December 2012

Taklimat Prasekolah 2013 untuk Ibubapa dan penjaga

Pada hari Isnin, 31 Disember 2012 Sekolah Kebangsaan Kota Warisan telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid Prasekolah bagi tahun 2013 yang diadakan di dewan tertutup Blok A SK Kota Warisan. Ibubapa dan penjaga murid-murid pra telah hadir mengikuti sesi taklimat dan pendaftaran anak-anak mereka di prasekolah SK Kota Warisan. Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan yakni lebih 90%. Ini menunjukkan ibu bapa sangat bersemangat bagi memastikan anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun ini mendapat pendidikan awal selaras dengan perkembangan pendidikan arus nasional.
   Banyak maklumat yang telah disampaikan oleh Penyelaras Prasekolah tahun ini iaitu Pn. Wan Nurul Aiza, Guru Besar - Pn. Rohaidah serta guru-guru prasekolah yang lain untuk panduan  ibubapa. Sempena pembukaan kelas prasekolah yang baru (yang ke-4), SKKW telah menerima guru dan PPM (Pembantu Pengurusan Murid) baru. Selamat Datang diucapkan kepada Cikgu Zuraydah binti Zainal serta Pn. Noramani @ Nur Amani binti Jidi yang akan mengajar di kepas Pra Amanah.
   Semasa majlis tersebut juga telah diadakan pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu bapa / Penjaga / Waris Prasekolah di mana 8 orang ibu bapa telah bersetuju menjadi AJK yakni 2 orang bagi setiap kelas. AJK Ibu bapa bersama guru, PPM dan pentadbir sekolah kelak akan bermesyuarat bagi membuat perancangan dan berbincang tentang hal ehwal pengurusan prasekolah dari semasa ke semasa. Tahniah!
   Untuk adik-adik prasekolah, jangan lupa datang ke sekolah pada hari Rabu, 2 Januari 2013 ini. Jumpa di sekolah nanti...
Ibubapa mula membuat pendaftaran seawal jam 7.00 pagi lagi
Kehadiran ibubapa dan penjaga memenuhi ruang dewan tertutup sekolah
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir
Guru Besar memberikan sepatah dua kata untuk para ibubapa dan penjaga
Penyelaras - Cikgu Wan Nurul Aiza memberikan penerangan tentang prasekolah

Wednesday 7 November 2012

Monday 29 October 2012

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH 2013

Makluman ini khas untuk ibu bapa kepada murid-murid yang telah diterima masuk ke prasekolah 2013.  Tuan/puan dijemput hadir ke majlis perjumpaan dan taklimat yang akan diadakan pada :

Tarikh    : 31 Disember 2012 (Isnin)
Masa      : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Tahun 2 Blok A, SK Kota Warisan

Sila serahkan dokumen-dokumen berikut untuk tujuan pengemaskinian data selewat-lewatnya pada 7 Disember 2012 (Jumaat)

1.  Borang Maklumat Murid (B001)
2.  Salinan Sijil lahir - 2 keping
3.  Gambar murid berukuran passport 3 keping

Thursday 25 October 2012

Lawatan Sambil Belajar

Prasekolah akan mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar sepertimana berikut ;
Tarikh : 1 November 2012 (Isnin)
Jam     : 7.30pg -5.00ptg
Tempat yang dilawati : Petrosains, Aquaria dan Kilang Coklat Bery'l
Bayaran : RM75 seorang
Pakain   : Baju sukan prasekolah T-shirt oren-hijau

Friday 27 July 2012

Sesi fotografi

Sesi fotografi murid-murid prasekolah berlangsung dengan gempaknya. Semua murid seronok bergambar ramai dan individu. Mereka telah dimake-up oleh guru-guru supaya nampak cantik, fotogenik dan berseri. Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan tumpang sekaki bergambar ramai bersama murid-murid dan guru-guru serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tiga kelas tersebut.
 
 Buah hati Pn. Siti Hafizah

Siap kerja prasekolah ke-4

Pada 25 Julai 2012 yang lalu, Guru Besar bersama cikgu Salmi dan Penyelaras prasekolah; cikgu Syahaneem telah memeriksa bangunan prasekolah ke-4 yang telah siap dibina. Pada keseluruhannya pihak sekolah berpuashati dengan hasil kerja kontraktor berkenaan. Lalu GB pun menurunkan tandatangan pengesahan dan memberi sokongan untuk borang Pengesahan Siap Kerja bagi Cadangan Projek Prasekolah tersebut.
   Seterusnya pihak sekolah bersedia untuk menerima bangunan pra baru itu dalam sesi Penyerahan yang akan diaturkan oleh pihak KPM kelak.
 
 
 
 Sah siap

Thursday 5 July 2012

Latihan sukan prasekolah

Sempena temasya sukan sekolah SK Kota Warisan pada hari Sabtu 7.7.2012 ini murid-murid prasekolah tidak ketinggalan untuk turut serta. Mereka juga turut berlatih dalam acara-acara yang telah ditetapkan.














Tuesday 12 June 2012

Pendaftaran Prasekolah 2013

Pendaftaran Prasekolah 2013 telah dibuka. Sila dapatkan borang pendaftaran di pejabat SK Kota Warisan seperti tarikh dan masa tertera di bawah ini.


Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Prasekolah SK Kota Warisan mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru. Guru, jasamu tidak terperi.


Friday 20 April 2012

Kelas Prasekolah Yang Ke 4

Sebuah lagi kelas prasekolah baru sedang dalam pembinaan.

 Tona warna cat yang cantik.

Ruang dalam kelas yang lebih luas dan selesa.

Ruang makan dan dapur.

Friday 6 April 2012

Makanan Berasaskan Bijirin

Assalammualaikum semua. Sempena tema pelajaran Makanan Berasaskan Bijirin minggu lepas kelas prasekolah Wibawa telah mengadakan aktiviti membuat pancake. Pancake diperbuat daripada gandum sebab itulah Cikgu Wan Nurul Aiza dan pembantunya Pn Norazlina memilih untuk mengadakan aktiviti memasak pancake.


Salah seorang anak murid cuba memasak pancake dengan bantuan Pn Norazlina


Amboi ! Sukanya mereka dapat makan pancake yang disapu Nutella.



Cikgu Wan Nurul Aiza bersama anak-anak muridnya Pra Wibawa

Thursday 15 March 2012

Cuti Sekolah

Assalammualaikum. Diam tak diam sesi persekolahan hampir melepasi suku tahun pertama. Anak-anak murid pun sedang sibuk bercuti pertengahan penggal persekolahan. Terasa rindu pula dengan suasana hiruk pikuk dalam kelas melayan telatah anak-anak murid. Saya yakin ada anak-anak prasekolah yang akan menangis ke sekolah sekembali dari cuti nanti. Maklumlah sudah puas berulit dengan ibu dan ayah di rumah.

Beratur menunggu giliran untuk membaca dengan cikgu Hanim.


Anak murid kelas Pra Rasional sibuk menguli doh tanah liat.

Saturday 14 January 2012

Majlis Pendaftaran dan Taklimat Prasekolah 2012

Pada 3 Januari 2012 yang lalu. Majlis pendaftaran dan taklimat prasekolah diadakan di dewan tahun 6 SKKW.  Ibubapa dijemput hadir dalam majlis tersebut untuk mendengar taklimat prasekolah oleh Cikgu Syahaneem Bt Oon selaku penyelaras prasekolah tahun ini. Dalam majlis tersebut ibubapa diberi penerangan tentang misi dan visi serta peraturan prasekolah.  AJK PEWARIS dari kalangan ibubapa juga dilantik bagi tahun 2012.  Setelah AJK dilantik majlis bersama ibubapa telah bersetuju sebulat suara untuk menyumbangkan sebanyak RM5 sebulan bagi menampung kos aktiviti kelas seperti sambutan hari lahir, fotokopi lembaran kerja dsbgnya.


                             Cik Syahaneem Bt Oon selaku guru penyelaras sedang memberi taklimat



Ibubapa yang hadir sedang mendaftar kehadiran

Thursday 5 January 2012

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2012

Pada 4/1/2012 yang lalu bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Hari pertama yang sangat mengujakan buat anak-anak prasekolah.


Anak-anak murid prasekolah dah mula menunjukkan pelbagai reaksi bila lama di perhimpunan.