Monday 31 December 2012

Taklimat Prasekolah 2013 untuk Ibubapa dan penjaga

Pada hari Isnin, 31 Disember 2012 Sekolah Kebangsaan Kota Warisan telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid Prasekolah bagi tahun 2013 yang diadakan di dewan tertutup Blok A SK Kota Warisan. Ibubapa dan penjaga murid-murid pra telah hadir mengikuti sesi taklimat dan pendaftaran anak-anak mereka di prasekolah SK Kota Warisan. Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan yakni lebih 90%. Ini menunjukkan ibu bapa sangat bersemangat bagi memastikan anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun ini mendapat pendidikan awal selaras dengan perkembangan pendidikan arus nasional.
   Banyak maklumat yang telah disampaikan oleh Penyelaras Prasekolah tahun ini iaitu Pn. Wan Nurul Aiza, Guru Besar - Pn. Rohaidah serta guru-guru prasekolah yang lain untuk panduan  ibubapa. Sempena pembukaan kelas prasekolah yang baru (yang ke-4), SKKW telah menerima guru dan PPM (Pembantu Pengurusan Murid) baru. Selamat Datang diucapkan kepada Cikgu Zuraydah binti Zainal serta Pn. Noramani @ Nur Amani binti Jidi yang akan mengajar di kepas Pra Amanah.
   Semasa majlis tersebut juga telah diadakan pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu bapa / Penjaga / Waris Prasekolah di mana 8 orang ibu bapa telah bersetuju menjadi AJK yakni 2 orang bagi setiap kelas. AJK Ibu bapa bersama guru, PPM dan pentadbir sekolah kelak akan bermesyuarat bagi membuat perancangan dan berbincang tentang hal ehwal pengurusan prasekolah dari semasa ke semasa. Tahniah!
   Untuk adik-adik prasekolah, jangan lupa datang ke sekolah pada hari Rabu, 2 Januari 2013 ini. Jumpa di sekolah nanti...
Ibubapa mula membuat pendaftaran seawal jam 7.00 pagi lagi
Kehadiran ibubapa dan penjaga memenuhi ruang dewan tertutup sekolah
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir
Guru Besar memberikan sepatah dua kata untuk para ibubapa dan penjaga
Penyelaras - Cikgu Wan Nurul Aiza memberikan penerangan tentang prasekolah