Friday, 20 April 2012

Kelas Prasekolah Yang Ke 4

Sebuah lagi kelas prasekolah baru sedang dalam pembinaan.

 Tona warna cat yang cantik.

Ruang dalam kelas yang lebih luas dan selesa.

Ruang makan dan dapur.

Friday, 6 April 2012

Makanan Berasaskan Bijirin

Assalammualaikum semua. Sempena tema pelajaran Makanan Berasaskan Bijirin minggu lepas kelas prasekolah Wibawa telah mengadakan aktiviti membuat pancake. Pancake diperbuat daripada gandum sebab itulah Cikgu Wan Nurul Aiza dan pembantunya Pn Norazlina memilih untuk mengadakan aktiviti memasak pancake.


Salah seorang anak murid cuba memasak pancake dengan bantuan Pn Norazlina


Amboi ! Sukanya mereka dapat makan pancake yang disapu Nutella.



Cikgu Wan Nurul Aiza bersama anak-anak muridnya Pra Wibawa

Thursday, 15 March 2012

Cuti Sekolah

Assalammualaikum. Diam tak diam sesi persekolahan hampir melepasi suku tahun pertama. Anak-anak murid pun sedang sibuk bercuti pertengahan penggal persekolahan. Terasa rindu pula dengan suasana hiruk pikuk dalam kelas melayan telatah anak-anak murid. Saya yakin ada anak-anak prasekolah yang akan menangis ke sekolah sekembali dari cuti nanti. Maklumlah sudah puas berulit dengan ibu dan ayah di rumah.

Beratur menunggu giliran untuk membaca dengan cikgu Hanim.


Anak murid kelas Pra Rasional sibuk menguli doh tanah liat.

Saturday, 14 January 2012

Majlis Pendaftaran dan Taklimat Prasekolah 2012

Pada 3 Januari 2012 yang lalu. Majlis pendaftaran dan taklimat prasekolah diadakan di dewan tahun 6 SKKW.  Ibubapa dijemput hadir dalam majlis tersebut untuk mendengar taklimat prasekolah oleh Cikgu Syahaneem Bt Oon selaku penyelaras prasekolah tahun ini. Dalam majlis tersebut ibubapa diberi penerangan tentang misi dan visi serta peraturan prasekolah.  AJK PEWARIS dari kalangan ibubapa juga dilantik bagi tahun 2012.  Setelah AJK dilantik majlis bersama ibubapa telah bersetuju sebulat suara untuk menyumbangkan sebanyak RM5 sebulan bagi menampung kos aktiviti kelas seperti sambutan hari lahir, fotokopi lembaran kerja dsbgnya.


                             Cik Syahaneem Bt Oon selaku guru penyelaras sedang memberi taklimat



Ibubapa yang hadir sedang mendaftar kehadiran

Thursday, 5 January 2012

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2012

Pada 4/1/2012 yang lalu bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Hari pertama yang sangat mengujakan buat anak-anak prasekolah.


Anak-anak murid prasekolah dah mula menunjukkan pelbagai reaksi bila lama di perhimpunan.


Monday, 5 December 2011

Kelas Prasekolah

Prasekolah SK Kota Warisan mula ditubuhkan pada tahun 2005.  Pada masa itu hanya sebuah kelas prasekolah beroperasi dengan murid seramai 25 orang, seorang guru prasekolah dan seorang pembantu pengurusan murid.

Bermula tahun 2008 prasekolah ini telah bertambah menjadi 3 buah kelas.  Berikut adalah senarai guru dan ppm bagi tahun 2012

Kelas Pra Wibawa
Guru : Pn Wan Nurul Aiza Bt Wan Abu Bakar
Pembantu Pengurusan Murid : Pn Norazlina Bt Mohd Nor
Murid : 25 orang

Kelas Pra Amanah
Guru : Cik Syahaneem Bt Onn
Pembantu Pengurusan Murid : Pn Farahwahidah Bt Mohd Ali
Murid : 25 orang

Kelas Pra Rasional
Guru : Pn Farahdiba Bt Abd Hamid
Pembantu Pengurusan Murid : Pn Azlinda Bt Mohammad
Murid : 25 orang

Tuesday, 29 November 2011

Bermulanya di prasekolah ini..

Alhamdulillah dek kerana hambatan waktu, hajat dihati untuk membuat blog untuk anak-anak murid tersayang akhirnya terlaksana. Lepaslah hajat yang terbuku dihati saya, puas dan lega rasanya. Erm nak mula dari mana ya! Prasekolah ni dah operasi bertahun lamanya tapi blog baru nak ada..takpe kita mula dari  A sampai Z..jom pakat blog walking kat sini. Sumbang-saran anda untuk penambahbaikan prasekolah SKKW sangat saya alu-alukan.