Friday 15 November 2013

Selamat Bercuti Sekolah

Selamat bercuti sekolah kepada semua murid Prasekolah SK Kota Warisan dan semua murid seluruh Malaysia. Selamat berhijrah ke tahun satu.. Semoga cuti sekolah yang panjang ini dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jangan lupa baca buku dan apa jua bahan bacaan yang bersesuaian. Jaga diri hiasi peribadi, jumpa lagi pada 2.1.2014 nanti...



Wednesday 13 November 2013

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2013

Penyampaian sijil atau lebih dikenali sebagai Hari Graduasi prasekolah telah diadakan pada Hari Anugerah Cemerlang (HAC) sekolah pada 13.11.2013 di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kota Warisan. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti Aishah binti Aziz; Penolong PPD Sepang Unit Sains Kemasyarakatan. Tahniah buat anak-anak murid prasekolah yang telah berjaya menamatkan prasekolah. Selamat melangkah ke alam persekolahan sebenar dan semoga dapat menyesuaikan diri...


Murid-murid prasekolah Ikhlas 2013




Semua murid yang terlibat dalam acara HAC berkumpul di bawah khemah yang disediakan.


Menanti giliran

Murid-murid prasekolah kelas Amanah

 





Penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Puan Siti Aishah 

Saturday 9 November 2013

Taklimat Pendaftaran Murid Prasekolah 2014

Pada hari Sabtu jam  8.00 pagi, 9 November 2013 sesi Taklimat Pendaftaran Murid Prasekolah 2014 telah diadakan di dewan Tahun 2 SK Kota Warisan. Sesi taklimat ini diadakan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran murid-murid prasekolah yang baru. Guru-guru kelas adalah seperti berikut;
Pra Wibawa : Pn. Wan Nurul Aiza binti Wan Abu Bakar
Pra Amanah : Pn. Pn. Zuraydah binti Zainal / Penyelaras Prasekolah
Pra Rasional : Pn. Farahdiba binti Abdul Hamid
Pra Ikhlas      : Cik Syahaneem binti Oon
   Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan. Ibu bapa juga telah bersetuju memilih AJK Permuafakatan Prasekolah 2014 seperti berikut;
1. En. Mohd. Shahril bin Abd. Aziz (Pra Wibawa)
2. Pn. Rinawati binti Musalam (Pra Wibawa)
3. En. Husnil Amar bin Ibrahim (Pra Amanah)
4. Pn. Azura Nurani binti Kassim (Pra Amanah)
5. En. Masri bin Idris (Pra Rasional)
6. Pn. Junaidah binti Hamdan (Pra Rasional)
7. Pn. Kartini binti Hashim (Pra Ikhlas)
8. Pn. Aminah binti Mohd. Zain (Pra Ikhlas)
   AJK Pemuafakatan ini akan berbincang bersama guru mengenai hal ehwal dan program-program prasekolah.
   Ibu bapa dan penjaga murid prasekolah boleh mendapatkan buku dan keperluan anak-anak mereka di kedai buku sekolah mulai 2 - 13 Disember 2013 (9.00 pagi - 4.00 petang) bagi mengelakkan kesesakan di kedai buku.
 Sebahagian ibu bapa yang hadir
 Pendaftaran
 
 
 Ucapan aluan Guru Besar
 Guru Besar juga memaklumkan tentang info DARIH kepada ibu bapa murid prasekolah
 Penyelaras; Pn. Zuraydah menyampaikan maklumat prasekolah 2014
Kembar yang menarik perhatian guru dan ibu bapa

Monday 4 November 2013

Syarat Kemasukan Murid Prasekolah

Kemasukan Murid PrasekolahPDFCetakE-mail
KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH
1 - Warganegara Malaysia.
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa.
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada :
       - Guru Besar - Pengerusi
       - GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
       - Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
       - Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang PPM - Pencatat
       - Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarta Tersebut.
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon.
5 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
6 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.

Monday 16 September 2013

Karnival Bahasa Prasekolah Peringkat Daerah Sepang

Pada hari Rabu 4 September 2013 yang lalu Prasekolah Daerah Sepang telah mengadakan Karnival Bahasa. Prasekolah SK Kota Warisan telah menghantar wakil beberapa orang murid ke pertandingan yang telah diadakan dan telah berjaya mendapat Tempat Kedua dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu yang telah diadakan di SK Cyberjaya.

Tahniah buat adik Amira Syakira binti Jamaruslam.

Monday 8 July 2013

Tiada Makanan di Bulan Puasa

Sepanjang bulan Ramadan, pihak prasekolah SK Kota Warisan tidak akan menyediakan makanan untuk murid-murid prasekolah.  Ini adalah sebagai galakan untuk murid-murid berpuasa.Walaubagaimanapun peruntukan makanan murid sepanjang bulan Ramadan tersebut akan digantikan dengan hamper raya.

Sunday 16 June 2013

Rombongan Ke Kidzania

Pada 13 Jun 2013 (Khamis) yang lalu prasekolah SK Kota Warisan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kidzania, Kuala Lumpur.  Seramai 50 orang murid telah turut serta diiringi 4 orang guru prasekolah serta 4 orang pembantu pengurusan murid (PPM). Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 9.00 pagi dan tiba di Kidzania lebih kurang jam 10.00 pagi. Pakej yang ditawarkan di Kidzania ternyata tidak menghampakan. Ia sangat bersesuaian dengan tema pelajaran murid-murid prasekolah. Walaupun hampir 5 jam berada di Kidzania, murid-murid prasekolah nampak sangat teruja dan gembira. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang  dan murid-murid sampai ke sekolah pada jam 5.30 petang.


















Saturday 1 June 2013

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2014

Permohonan kemasukan murid prasekolah 2014 dibuka sekarang!
Orang ramai yang mempunyai anak yang memenuhi kriteria dipelawa memohon. Borang permohonan boleh didapati di pejabat SK Kota Warisan pada waktu pejabat.

Thursday 28 February 2013

Mesyuarat AJK Pewaris

Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Waris / Ibu Bapa Prasekolah (Pewaris) buat kali pertama 2013. Terima kasih diucapkan kepada AJK yang hadir terutama para ibu yang telah dilantik awal tahun 2013 yang lalu. Terima kasih juga diucapkan atas idea-idea yang diberi. Semoga segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik dari semua ibu bapa.
 Penyelaras Prasekolah - Cikgu Wan Nurul Aiza bersama GB dan GPK 1