Monday 9 June 2014

Permohonan kemasukan murid prasekolah 2015 kini dibuka

Pemohonan kemasukan murid prasekolah telah dibuka mulai 1 Jun 2014 sehingga 30 Ogos 2014. Borang pemohonan boleh diperolehi di pejabat Sekolah Kebangsaan SK Kota Warisan pada waktu pejabat 8.00 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Keutamaan kepada Warganegara Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan pejabat pentadbiran sekolah.

Sunday 16 February 2014

GB Pn. Rohaidah bertukar

Adalah dimaklumkan mulai 17 Februari 2014, saya selaku Guru Besar SK Kota Warisan yang telah memimpin sekolah ini sejak ia dibuka pada 1 Januari 2004 akan bertukar ke SK Taman Putra Perdana, Sepang. Saya doakan SK Kota Warisan akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Guru Besar baharu bersama Penolong-Penolong Kanan dan guru-guru serta staf sekolah. Mohon maaf atas salah dan silap saya selama ini. Kenangan bersama warga guru, staf dan ibu bapa SKKW tidak akan dapat saya lupakan. Selamat Maju Jaya...
- Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali 
Menerima bingkai gambar istimewa daripada Pn. Shikin
Saya diraikan bersama GPK Kokurikulum; Pn. Mimi Hidayah binti Mohd Adam yang bertukar ke SK RTB Bukit Changgang sebagai GPK HEM
Menerima hadiah jambangan bunga daripada prasekolah - terima kasih
Cenderamata daripada guru-guru praktikum prasekolah daripada Unisel
Pengawas yang sentiasa ceria dan cemerlang