Sunday, 16 June 2013

Rombongan Ke Kidzania

Pada 13 Jun 2013 (Khamis) yang lalu prasekolah SK Kota Warisan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kidzania, Kuala Lumpur.  Seramai 50 orang murid telah turut serta diiringi 4 orang guru prasekolah serta 4 orang pembantu pengurusan murid (PPM). Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 9.00 pagi dan tiba di Kidzania lebih kurang jam 10.00 pagi. Pakej yang ditawarkan di Kidzania ternyata tidak menghampakan. Ia sangat bersesuaian dengan tema pelajaran murid-murid prasekolah. Walaupun hampir 5 jam berada di Kidzania, murid-murid prasekolah nampak sangat teruja dan gembira. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang  dan murid-murid sampai ke sekolah pada jam 5.30 petang.


















Saturday, 1 June 2013

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2014

Permohonan kemasukan murid prasekolah 2014 dibuka sekarang!
Orang ramai yang mempunyai anak yang memenuhi kriteria dipelawa memohon. Borang permohonan boleh didapati di pejabat SK Kota Warisan pada waktu pejabat.

Thursday, 28 February 2013

Mesyuarat AJK Pewaris

Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Waris / Ibu Bapa Prasekolah (Pewaris) buat kali pertama 2013. Terima kasih diucapkan kepada AJK yang hadir terutama para ibu yang telah dilantik awal tahun 2013 yang lalu. Terima kasih juga diucapkan atas idea-idea yang diberi. Semoga segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik dari semua ibu bapa.
 Penyelaras Prasekolah - Cikgu Wan Nurul Aiza bersama GB dan GPK 1

Monday, 31 December 2012

Taklimat Prasekolah 2013 untuk Ibubapa dan penjaga

Pada hari Isnin, 31 Disember 2012 Sekolah Kebangsaan Kota Warisan telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid Prasekolah bagi tahun 2013 yang diadakan di dewan tertutup Blok A SK Kota Warisan. Ibubapa dan penjaga murid-murid pra telah hadir mengikuti sesi taklimat dan pendaftaran anak-anak mereka di prasekolah SK Kota Warisan. Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan yakni lebih 90%. Ini menunjukkan ibu bapa sangat bersemangat bagi memastikan anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun ini mendapat pendidikan awal selaras dengan perkembangan pendidikan arus nasional.
   Banyak maklumat yang telah disampaikan oleh Penyelaras Prasekolah tahun ini iaitu Pn. Wan Nurul Aiza, Guru Besar - Pn. Rohaidah serta guru-guru prasekolah yang lain untuk panduan  ibubapa. Sempena pembukaan kelas prasekolah yang baru (yang ke-4), SKKW telah menerima guru dan PPM (Pembantu Pengurusan Murid) baru. Selamat Datang diucapkan kepada Cikgu Zuraydah binti Zainal serta Pn. Noramani @ Nur Amani binti Jidi yang akan mengajar di kepas Pra Amanah.
   Semasa majlis tersebut juga telah diadakan pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu bapa / Penjaga / Waris Prasekolah di mana 8 orang ibu bapa telah bersetuju menjadi AJK yakni 2 orang bagi setiap kelas. AJK Ibu bapa bersama guru, PPM dan pentadbir sekolah kelak akan bermesyuarat bagi membuat perancangan dan berbincang tentang hal ehwal pengurusan prasekolah dari semasa ke semasa. Tahniah!
   Untuk adik-adik prasekolah, jangan lupa datang ke sekolah pada hari Rabu, 2 Januari 2013 ini. Jumpa di sekolah nanti...
Ibubapa mula membuat pendaftaran seawal jam 7.00 pagi lagi
Kehadiran ibubapa dan penjaga memenuhi ruang dewan tertutup sekolah
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir
Guru Besar memberikan sepatah dua kata untuk para ibubapa dan penjaga
Penyelaras - Cikgu Wan Nurul Aiza memberikan penerangan tentang prasekolah

Wednesday, 7 November 2012

Monday, 29 October 2012

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH 2013

Makluman ini khas untuk ibu bapa kepada murid-murid yang telah diterima masuk ke prasekolah 2013.  Tuan/puan dijemput hadir ke majlis perjumpaan dan taklimat yang akan diadakan pada :

Tarikh    : 31 Disember 2012 (Isnin)
Masa      : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Tahun 2 Blok A, SK Kota Warisan

Sila serahkan dokumen-dokumen berikut untuk tujuan pengemaskinian data selewat-lewatnya pada 7 Disember 2012 (Jumaat)

1.  Borang Maklumat Murid (B001)
2.  Salinan Sijil lahir - 2 keping
3.  Gambar murid berukuran passport 3 keping

Thursday, 25 October 2012

Lawatan Sambil Belajar

Prasekolah akan mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar sepertimana berikut ;
Tarikh : 1 November 2012 (Isnin)
Jam     : 7.30pg -5.00ptg
Tempat yang dilawati : Petrosains, Aquaria dan Kilang Coklat Bery'l
Bayaran : RM75 seorang
Pakain   : Baju sukan prasekolah T-shirt oren-hijau