Monday, 31 December 2012

Taklimat Prasekolah 2013 untuk Ibubapa dan penjaga

Pada hari Isnin, 31 Disember 2012 Sekolah Kebangsaan Kota Warisan telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid Prasekolah bagi tahun 2013 yang diadakan di dewan tertutup Blok A SK Kota Warisan. Ibubapa dan penjaga murid-murid pra telah hadir mengikuti sesi taklimat dan pendaftaran anak-anak mereka di prasekolah SK Kota Warisan. Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan yakni lebih 90%. Ini menunjukkan ibu bapa sangat bersemangat bagi memastikan anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun ini mendapat pendidikan awal selaras dengan perkembangan pendidikan arus nasional.
   Banyak maklumat yang telah disampaikan oleh Penyelaras Prasekolah tahun ini iaitu Pn. Wan Nurul Aiza, Guru Besar - Pn. Rohaidah serta guru-guru prasekolah yang lain untuk panduan  ibubapa. Sempena pembukaan kelas prasekolah yang baru (yang ke-4), SKKW telah menerima guru dan PPM (Pembantu Pengurusan Murid) baru. Selamat Datang diucapkan kepada Cikgu Zuraydah binti Zainal serta Pn. Noramani @ Nur Amani binti Jidi yang akan mengajar di kepas Pra Amanah.
   Semasa majlis tersebut juga telah diadakan pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu bapa / Penjaga / Waris Prasekolah di mana 8 orang ibu bapa telah bersetuju menjadi AJK yakni 2 orang bagi setiap kelas. AJK Ibu bapa bersama guru, PPM dan pentadbir sekolah kelak akan bermesyuarat bagi membuat perancangan dan berbincang tentang hal ehwal pengurusan prasekolah dari semasa ke semasa. Tahniah!
   Untuk adik-adik prasekolah, jangan lupa datang ke sekolah pada hari Rabu, 2 Januari 2013 ini. Jumpa di sekolah nanti...
Ibubapa mula membuat pendaftaran seawal jam 7.00 pagi lagi
Kehadiran ibubapa dan penjaga memenuhi ruang dewan tertutup sekolah
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir
Guru Besar memberikan sepatah dua kata untuk para ibubapa dan penjaga
Penyelaras - Cikgu Wan Nurul Aiza memberikan penerangan tentang prasekolah

Wednesday, 7 November 2012

Monday, 29 October 2012

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH 2013

Makluman ini khas untuk ibu bapa kepada murid-murid yang telah diterima masuk ke prasekolah 2013.  Tuan/puan dijemput hadir ke majlis perjumpaan dan taklimat yang akan diadakan pada :

Tarikh    : 31 Disember 2012 (Isnin)
Masa      : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Tahun 2 Blok A, SK Kota Warisan

Sila serahkan dokumen-dokumen berikut untuk tujuan pengemaskinian data selewat-lewatnya pada 7 Disember 2012 (Jumaat)

1.  Borang Maklumat Murid (B001)
2.  Salinan Sijil lahir - 2 keping
3.  Gambar murid berukuran passport 3 keping

Thursday, 25 October 2012

Lawatan Sambil Belajar

Prasekolah akan mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar sepertimana berikut ;
Tarikh : 1 November 2012 (Isnin)
Jam     : 7.30pg -5.00ptg
Tempat yang dilawati : Petrosains, Aquaria dan Kilang Coklat Bery'l
Bayaran : RM75 seorang
Pakain   : Baju sukan prasekolah T-shirt oren-hijau

Friday, 27 July 2012

Sesi fotografi

Sesi fotografi murid-murid prasekolah berlangsung dengan gempaknya. Semua murid seronok bergambar ramai dan individu. Mereka telah dimake-up oleh guru-guru supaya nampak cantik, fotogenik dan berseri. Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan tumpang sekaki bergambar ramai bersama murid-murid dan guru-guru serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) tiga kelas tersebut.
 
 Buah hati Pn. Siti Hafizah

Siap kerja prasekolah ke-4

Pada 25 Julai 2012 yang lalu, Guru Besar bersama cikgu Salmi dan Penyelaras prasekolah; cikgu Syahaneem telah memeriksa bangunan prasekolah ke-4 yang telah siap dibina. Pada keseluruhannya pihak sekolah berpuashati dengan hasil kerja kontraktor berkenaan. Lalu GB pun menurunkan tandatangan pengesahan dan memberi sokongan untuk borang Pengesahan Siap Kerja bagi Cadangan Projek Prasekolah tersebut.
   Seterusnya pihak sekolah bersedia untuk menerima bangunan pra baru itu dalam sesi Penyerahan yang akan diaturkan oleh pihak KPM kelak.
 
 
 
 Sah siap

Thursday, 5 July 2012

Latihan sukan prasekolah

Sempena temasya sukan sekolah SK Kota Warisan pada hari Sabtu 7.7.2012 ini murid-murid prasekolah tidak ketinggalan untuk turut serta. Mereka juga turut berlatih dalam acara-acara yang telah ditetapkan.